Terima Hadiah Umrah Sempena Konvo, Graduan Diperli Netizen – “Untung Keluarga Kaya”

3 Dec 2025 • 11:02 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang graduan menerima hadiah istimewa pada hari graduasinya setelah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Hadia umrah sempena graduasi

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, graduan yang dikenali sebagai Muhammad Afiq itu berasa terkejut apabila keluarganya menghadiahkan pakej penerbangan ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

@azwannazman

Lain mcm hadiah kau . #usim #convousim

“Hadiah konvo bukan beri bunga tapi dapat hadiah umrah, lain macam hadiah kau,” tulis salah seorang ahli keluarga.

Bagaimanapun ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian tersebut dengan menyatakan graduan itu bersenang-lenang kerana dilahirkan dalam kelurga yang kaya.

Namun, kenyataan itu disangkal dengan memberitahu hadiah itu bukan kerana wang tapi rezeki daripada tuhan pada saat yang cukup tepat.

image is not available

“Bukan kerana duit bang, umrah ni datang sebab panggilan Allah.
“Kebetulan dia grad, rezeki Allah beri melalui hadiah ni. Bila dah sampai waktunya, Allah jemput dengan cara masing-masing,” tulisnya.

Artikel lain: Graduan Perubatan Bertindak Pantas, Bantu Wanita Rebah Di Luar Dewan Konvokesyen

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut gembira melihat hadiah yang diterima oleh pelajar itu dan ada juga yang mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah diperoleh.

Masya-Allah, untungnya

image is not available

Tahniah

image is not available

Sumber: TikTok azwanazman

The post Terima Hadiah Umrah Sempena Konvo, Graduan Diperli Netizen – “Untung Keluarga Kaya” appeared first on Borak Daily.