'Terima Kasih 1,000 Kali Faizal Hussein' - Maya Karin Terkena ‘Panic Attack’ Di Pentas FFM32

4 Dec 2022 • 5:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Faizal mententeramkan Maya yang terkena 'panic attack' ketika menyampaikan anugerah pada Festival Filem Malaysia Ke-32, Jumaat lalu. - Gambar dari Instagram

Pelakon terkenal, Maya Karin terkena serangan panik sewaktu ingin menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-32 yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Maya yang bergandingan bersama aktor terkenal, Faizal Hussein sebagai penyampai anugerah tiba-tiba meminta maaf dan membuka kasutnya.

Faizal yang berada di sebelah dilihat memegang Maya yang cuba membuka kasutnya dalam keadaan menggigil. 

Menerusi hantaran yang dibuat Maya di Instagram, dia memberitahu bahawa itu adalah salah satu cara untuk dirinya untuk dapat terus bertahan dari terus pengsan.

image is not available
Faizal membantu Maya yang diserang 'panic attack' di atas pentas FFM ke-32.

“Itu adalah satu-satunya cara saya dapat atasi masalah ini supaya tidak terus pengsan. Saya perlu pastikan kaki saya memijak lantai.

“Terima kasih seribu kali kepada Faizal Hussein. Dia adalah hero saya pada malam itu. Such a gentleman. Siap kutip kasut saya yang tertinggal di atas pentas,” kongsinya. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang memuji tindakan Faizal Hussein yang sangat budiman. Mereka juga dilihat telah berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menghadapi situasi yang sama seperti Maya apabila tiba-tiba terkena ‘panic attack’. 

Ini bukan kali pertama Maya terkena ‘panic attack. Sebelum ini dia pernah berkongsi terkena serangan yang sama sewaktu menjalani penggambaran filem Telaga Suriram beberapa bulan lalu.

Maya juga pernah mendedahkan bahawa dia pernah gagal menyempurnakan sesi uji bakat untuk filem Crazy Rich Asian satu ketika dahulu kerana terkena ‘panic attack’. – Getaran, 4 Disember 2022.