Terima kasih abang bomba! Kucing lencun terendam dalam banjir segera diselamatkan

29 Nov 2024 • 4:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seekor anak kucing lencun terendam dalam banjir sebelum diselamatkan anggota bomba yang memantau kawasan kediaman bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa.

Bomba datang check kawasan sekitar

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai 0flying_without_wing0, dapat dilihat beberapa anggota bomba segera meluru ke arah kucing yang sudah terendam hampir separuh badan di dalam air banjir susulan air naik sudah separah tingkap rumah.

Lebih menyedihkan, kucing berkenaan hanya mampu berpaut ke tingkap rumah bagi menyelamatkan diri agar tidak dibawa arus banjir yang agak deras.

Kucing lencun terendam dibantu abang bomba

Dalam video terbabit, anggota bomba telah mengambil dan menyelamatkan kucing itu dan membawanya ke kawasan tinggi memandangkan air di sekitar kediaman sudah melepas paras pinggang.

image is not available

Kucing lencun terendam mungkin terbawa arus

Pengguna TikTok juga menjelaskan bahawa kucing tersebut bukanlah peliharaan pemilik rumah dan mungkin kehadirannya di situ disebabkan terbawa arus susulan kawasan tersebut berdekatan dengan sungai.

image is not available

Terima kasih abang bomba!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang prihatian serta segera memberikan bantuan kepada kucing tersebut memandangkan ia terperangkap di kawasan banjir.

Mereka juga mendoakan agar insan-insan yang peka serta prihatin dengan haiwan sewaktu musim banjir ini dipermudahkan urusan dan diberi perlindungan oleh Maha Kuasa.

image is not available

Semoga Allah melindungi orang2 dan makhluknya dari banjir

image is not available

Nampak kucing tu macam dah reda pada awalnya

image is not available

 

Sekadar info, hujan berterusan sejak beberapa hari telah menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Sumber: TikTok 0flying_without_wing0