“Terima kasih abang bomba” – Netizen terharu, puji bomba sanggup selamatkan kucing hanyut guna bot

Entertainment
23 Dec 2023 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya anggota bomba tidak memilih tugas sama ada menyelamatkan manusia ataupun haiwan. Tular baru-baru ini, seekor kucing dipercayai hanyut di laut sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.

Dipercayai, kejadian tersebut berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

Video berkenaan menunjukkan kucing berkenaan berenang mencari tempat untuk berpaut sebelum diselamatkan oleh seorang anggota bomba yang bertugas.

 

Ketika diselamatkan, kucing tersebut kelihatan letih dan tidak larat lagi untuk berenang.

Mujurlah ada abang bomba yang sanggup meredah laut untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen diruangan komen.

“Terbaik lah abam bomba.

“Mesti kucing tu ingat jasa abang-abang bomba tu.

“Kelaparan dan kepenatan kucing tu, terharu pula tengok,” antara komen netizen.

Terbaik abang bomba tak memilih tugas. Kucing hanyut pun datang selamatkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.