“Terima Kasih Allah..” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Dan Amira Othman Di Pelamin

EntertainmentLifestyle
27 Oct 2025 • 11:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia erma

Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima, menarik perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh emosi di majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman.

Menerusi satu hantaran di Thread, Erma mendedahkan dirinya tiba-tiba sebak melihat pasangan itu di atas pelamin.

“Aku sebak melihat mereka tadi…”

Niat asalnya mahu merakam video gurauan bertukar menjadi detik menyentuh hati apabila menyaksikan kebahagiaan mereka.

image is not available

Dalam kapsyen sama, Erma turut menitipkan pesanan kepada Amira agar menjaga Fattah dengan baik.

Ramai tersentuh dengan luahan Erma

image is not available

Perkongsian itu mencuri perhatian peminat dan rakan artis yang tersentuh melihat keikhlasan Erma.

Ramai memuji sikap penyayangnya terhadap Fattah dan Amira, serta mendoakan agar hubungan mereka terus kekal bahagia.

Pssttt! Kadang-kadang, bila tengok orang yang kita sayang bahagia, air mata pun mengalir tanpa sedar. Erma Fatima bukan sahaja seorang pengarah hebat, tapi juga insan berhati lembut yang sentiasa ikhlas dalam kasihnya. Semoga doa Erma buat pasangan ini dimakbulkan dan cinta mereka kekal hingga ke Jannah.

Kredit: Thread Erma Fatima
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.