“Terima Kasih Atas Segala Fitnah & Tohmahan” – Mohd Ekhwan Letak Jawatan Naib Canselor UKM

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 10:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa semalam (3 Februari 2025).

Difahamkan, Mohd Ekhwan mula menyandang jawatan dalam pengurusan tertinggi institut pengajian tinggi itu pada 1 Januari 2021 dahulu.

Mohd. Ekhwan berterima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi

Mohd. Ekhwan dalam satu kenyataan berterima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Kadir kerana memberi peluang kepadanya menerajui UKM bersama pengurusan utama hingga ke tahap sekarang.

“Saya mendoakan UKM terus cemerlang pada masa akan datang. Mohon kemaafan kepada semua pengurusan utama, pengurusan tertinggi dan warga UKM di atas segala salah dan khilaf saya sepanjang mengetuai universiti ini,” katanya dipetik Kosmo.

Mohd. Ekhwan ucap terima kasih kepada individu yang fitnahnya?

Memetik Malaysia Gazette pula, Mohd. Ekhwan juga secara sinis mengucapkan terima kasih atas segala fitnah dan tomahan yang dilontarkan kepadanya.

“Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan yang dilontarkan di mana laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun dibuat.

“Alhamdulillah. Saya dengan ini menarik diri dari segala WhatsApp rasmi universiti,” katanya.

Sementara itu, laman Facebook rasmi UKM turut menzahirkan sekalung penghargaan kepada Mohd. Ekhwan atas khidmat bakti dan jasa sepanjang menjalankan tugas sebagai Naib Canselor UKM bermula 1 Januari 2021 sehingga 2 Februari 2025.

image is not available

Source: