“Terima kasih bang” – Aisar Khaled Bantu Bersih & Cat Rumah Warga Emas Cina, Siap Belanja Barang Dapur!

Entertainment
26 Apr 2024 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun pernah terpalit dengan beberapa isu sebelum ini, seorang influencer bernama Aisar Khaled dilihat tidak jemu membuat kebaikan kepada orang ramai.

Terbaharu, Aisar bersama pasukannya telah membantu seorang wanita warga emas berbangsa Cina dengan cara membersihkan rumah yang berusia 30 tahun.

Cabut pokok mati, cat rumah

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @aklegacyteam, Aisar dan beberapa rakannya telah berjumpa dan meminta izin kepada seorang wanita warga emas untuk membersih dan mengecat rumahnya secara percuma. Rumah tersebut terletak di Kampung Labu, Batu 10, Negeri Sembilan.

Setelah diberi keizinan, Aisar dan pasukannya telah memulakan misi mereka membersihkan halaman, mencabut pokok-pokok mati, memangkas beberapa pokok yang berada di dalam kawasan rumah.

Di bahagian luar rumah serta pagar turut dicat oleh rakan-rakan Aisar supaya rumah yang berusia 30 tahun itu nampak seperti baru.

@aklegacyteam

activities After Eid : Repair Rumah Orang Tua Di Pedalaman . Cuba Komen Rumah Negeri Mana lagi Yang Patut Kami Repair .@AisarKhaledd #aisarkhaledd #rakyatbanturakyat #aklegacyteam #fyp #foryou

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Belanja barang dapur

Selain itu, Aisar bersama warga emas tersebut telah pergi ke pusat beli belah untuk berbelanja barangan dapur secara percuma. Jelas pada wajah wanita itu, dia nampak sangat gembira selepas melihat rumahnya dibersihkan dan dicat dengan warna baharu.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berterima kasih kepada Aisar dan pasukannya yang baik hati membersihkan rumah dan membuatkan warga emas itu gembira.

image is not available

Comel je aunty ni lompat! Nampak happy sangat!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.