“Terima kasih bang” – Ramai Puji Tindakan Rider Tegur Pengguna Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita

Entertainment
2 Oct 2023 • 12:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak koc wanita dalam transit aliran massa (MRT) dilancarkan beberapa bulan lepas, ramai yang teruja dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak RapidKL ini terutamanya golongan wanita. Namun begitu, masih ada lagi pengguna lelaki yang degil kerana duduk di koc wanita tersebut sebelum ditegur oleh pihak berkuasa.

Semalam, tular di TikTok, ada seorang rider penghantar makanan menerima pujian orang ramai kerana berani menegur beberapa lelaki yang duduk di koc wanita.

Walaupun koc tersebut telah ditampal sticker berwarna merah jambu menandakan koc itu hanyalah untuk wanita, masih ada lagi insan yang pentingkan diri sendiri. Dapat dilihat juga dalam video, keadaan dalam MRT agak lengang mungkin pada ketika itu bukanlah waktu kemuncak.

Beberapa lelaki pada mulanya duduk di koc wanita akhirnya ditegur oleh rider itu untuk beralih ke koc biasa. Dia berjalan dari awal hingga ke hujung koc wanita sambil menegur para lelaki yang duduk di kawasan itu.

Setelah beberapa lelaki itu telah beralih ke koc biasa, dia berkata kawasan yang bertanda warna merah jambu itu hanya dikhaskan untuk wanita. Lelaki pula perlu duduk di kawasan koc biasa.

Tindakan rider itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka memuji rider itu kerana dia menunjukkan contoh yang baik menegur lelaki yang duduk di koc wanita. Mereka juga berterima kasih kepada abang rider tersebut.

 

image is not available image is not available

Terima kasih abang panda!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.