‘Terima kasih jadi sebab mommy lebih kuat’ – Genap setahun usia Elaine Nada, Fara Salleh sifatkan kehadiran anak sebagai ‘answered prayer'

Family & Parenting
30 Jun 2026 • 8:42 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Terima kasih jadi sebab mommy lebih kuat’ – Genap setahun usia Elaine Nada, Fara Salleh sifatkan kehadiran anak sebagai ‘answered prayer'

KEHADIRAN cahaya mata pastinya menjadi pelengkap paling indah dalam hidup setiap wanita bergelar ibu, malah setiap gerak-geri dan perkembangannya sentiasa menjadi momen yang penuh kesyukuran.

Begitulah luahan rasa gembira dan hiba yang berkongsi kebahagiaan oleh Fara Salleh, bekas isteri kepada pelawak popular, Shuk Sahar, apabila anak sulung kesayangannya kini genap menginjak usia satu tahun.

Melalui satu hantaran yang menyentuh hati di laman Instagram miliknya baru-baru ini, Fara memuat naik gambar si kecil tersebut bersama coretan yang cukup mendalam sehingga menarik perhatian netizen yang rata-ratanya tumpang gembira melihat senyuman comel anak kecil itu.

Masa yang berlalu begitu pantas kadangkala membuatkan seorang ibu berasa sebak apabila mengenangkan saat-saat awal melahirkan zuriat mereka ke dunia.

Detik-detik indah itu diakui sendiri oleh wanita tersebut yang merasakan tempoh setahun ini berlalu dalam sekelip mata sahaja.

Kongsinya dengan penuh emosi, "Bismillahirahmani rahim.. alhamdulillah.. MasyaAllah.. Happy 1st Birthday, Elaine Nada.

"Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam lagi mommy tengok muka Nada ni baby,"ujarnya.

Image from: ‘Terima kasih jadi sebab mommy lebih kuat’ – Genap setahun usia Elaine Nada, Fara Salleh sifatkan kehadiran anak sebagai ‘answered prayer'

Di sebalik fasa kehidupan yang dilalui, Fara meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana anaknya itu sentiasa dihujani dengan kasih sayang yang melimpah-limpah daripada insan sekeliling sejak dari hari pertama dilahirkan.

Jelasnya, cinta dan sokongan daripada orang sekeliling menjadi kekuatan utama buat mereka berdua.

"Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah kurang apa-apa.

"Dari hari pertama lagi, awak dikelilingi dengan terlalu ramai orang yang sayang, ambil berat dan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak," katanya lagi.

Menariknya, kehadiran Elaine Nada dalam hidupnya bukanlah satu kebetulan, melainkan sebuah doa yang amat teliti yang pernah dipanjatkan oleh Fara ketika berada di tanah suci suatu ketika dahulu.

Sambil mengimbas kembali memori indah tersebut, wanita berkenaan mendedahkan dia pernah memohon petunjuk dan teman sehidup semati ketika melakukan ibadah umrah.

"sebelum Nada hadir dalam hidup mommy, mommy pernah berdoa depan Kaabah masa umrah kedua mommy.

"Mommy minta pada ALLAH supaya kurniakan seseorang yang boleh jadi kebahagiaan dan teman mommy untuk seumur hidup.

"Dan ALLAH bagi lebih daripada apa yang mommy minta. ALLAH bagi mommy awak," kongsi Fara lagi.

Sesungguhnya, anak merupakan anugerah yang mengajar seorang wanita untuk menjadi lebih cekal dan reda dalam meniti hari-hari mendatang.

Kehadiran puteri sulungnya itu diakui telah mengubah seluruh carta kehidupannya menjadi seorang insan yang lebih menghargai setiap detik kehidupan.

"Terima kasih sebab jadi anak yang sentiasa buat hidup mommy lebih bermakna.

"Terima kasih sebab jadi sebab mommy nak jadi lebih kuat, lebih baik dan lebih bersyukur setiap hari," ujarnya lagi yang menyifatkan gelaran ibu itu sebagai anugerah paling bermakna.

Menamatkan perkongsian yang cukup menyentuh sanubari itu, Fara menegaskan bahawa sepanjang setahun bergelar ibu, tiada perkara lain yang mampu menandingi kebahagiaan melihat anaknya membesar dengan sihat di depan mata.

Image from: ‘Terima kasih jadi sebab mommy lebih kuat’ – Genap setahun usia Elaine Nada, Fara Salleh sifatkan kehadiran anak sebagai ‘answered prayer'

Ungkapan penghargaan terakhirnya buat si kecil jelas menunjukkan betapa besarnya nilai kasih sayang seorang ibu.

"Setahun dah berlalu dan satu perkara yang pasti… menjadi mommy kepada Elaine Nada adalah antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mommy.

"Happy 1st Birthday, my answered prayer," titip Fara buat si jantung hatinya itu dengan penuh tulus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved