‘Terima kasih kahwin dengan saya, tahniah jadi pemenang.’ Farah Lee dedah detik awal kenal suami

16 Feb 2024 • 9:31 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MASIH belum ‘move on ‘ dengan majlis perkahwinan personaliti media sosial dan aktivis, Farah Lee yang sehingga kini menjadi bualan ramai terutama para pengikutnya.

Masakan tidaknya, setiap kali memuat naik perkongsian mengenai kehadiran Fuad Hashim, pasti meraih perhatian ramai.

Terbaharu, ibu kepada Maream Esabel itu menerusi hantaran di Instagram miliknya iaitu di farahlee_ , beliau meluahkan isi hatinya.

image is not available

Menerusi perkongsian tersebut, beliau memuat naik kisah perkenalan awal dengan suaminya sehingga berakhir ke jenjang pelamin.

“Okayyyy let’s spill perkenalan kitaorang. Slide sampai habis okay.

“Basically Fuad came when I was ready to involve in relationship again, and he also was prepared and serious so altho our onset was very brief and short but it was very smooth and effortless for both of us.

“Memandangkan ketika itu belum ada bibit-bibit percintaan, justeru belum wujud chemistry, sementelah ereka juga jarang berhubung.

image is not available

“Yang aku tau kami memang compatible. Connection boleh build by time bila dah makin kenal each other, sebab yang pegang hati adalah ALLAH. Aku percaya kalau aku jaga hati, inshaAllah ALLAH juga akan jaga hati kita dari sakit yang tak perlu.

“Yang kenal aku memang tau aku awkward nak bercinta-cinta. Ye FL (Farah Lee) yang korang cakap desperate sebab selalu gurau nak kahwin, gurau pasal lelaki ni lelaki tu apa semua tu, tak pernah aku serious dengan sesiapa selama 7 tahun jadi single mom sebab aku tau aku tak ready.

“Pada aku buang masa ek bercinta ni. Post gatal-gatal main-main je aku berani sebab aku tau tak serious. Kitonyo suko gurau haha.

 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

 

PERKAHWINAN SAMPAI SYURGA

Ketika mengerjakan umrah, Farah berdoa dan meminta dibukakan pintu hatinya.

Pun demikian rasa waswas tetap ada sehinggakan ada masanya beliau ingin membatalkan hasrat tersebut.

image is not available

 

“So masa umrah few days before kahwin tu, aku doa sungguh-sungguh supaya ALLAH tautkan hati kami dan pelihara perkahwinan ni sampai Syurga dalam bahagia.

“Masa depan, aku tak tau ALLAH akan uji dengan apa. Nak takut-takut sangat pun kan overthinking. So aku proceed dalam tawakkul walaupun aku tersangat nervous dan kadang rasa nak cancel je wedding sebab masih ada trauma kahwin tu.

image is not available

‘Wallahi lepas kahwin baru aku start belajar sayang Fuad ni. Now aku rasa bersyukur sangat ALLAH made it happen eventually.

“Alhamdulillah Fuad complements me in so many ways, and he mysteriously resembles my late dad a lot.

image is not available

“Dari takde chemistry awal-awal tu kepada kami boleh sembang nonstop ya with each other now haha. Terima kasih @fuadhashim90 sebab kahwin dengan saya.

“Doakan kami selalu ya kawan-kawan,” demikian perkongsian Farah Lee.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang