"Terima Kasih Malaysia," Pekerja Indonesia Kongsi Apa Erti KWSP Buat Dirinya

LocalPersonal Finance
10 Oct 2026 • 7:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Terima Kasih Malaysia," Pekerja Indonesia Kongsi Apa Erti KWSP Buat Dirinya

Setiap orang yang bekerja pasti mengharapkan hasil titik peluh mereka dapat menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

Dalam pada itu, mempunyai simpanan untuk kegunaan selepas bersara juga menjadi satu perkara yang penting.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mencari rezeki jauh dari negara sendiri.

Justeru, apabila kerajaan memperkenalkan inisiatif caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing, ia juga memberi peluang kepada mereka memiliki masa depan yang lebih cerah.

Apa erti KWSP buat pekerja Indonesia

Baru-baru ini, seorang wanita dari Indonesia yang bekerja di Malaysia berkongsi rasa syukur kerana boleh 'menabung' di dalam KWSP.

Menerusi perkongsian di Threads lee_dy15, dia berkata merasa dihargai semenjak polisi itu diperkenalkan.

Menurutnya, masa depan dan hasil titik peluhnya bekerja di negara ini lebih terjamin.

"Sejujurnya, sebagai rakyat Indonesia yang merantau di sini, saya rasa sangat dihargai sejak Malaysia memperkenalkan dasar caruman KWSP untuk pekerja asing.

"Saya rasa masa depan dan hasil titik peluh bekerja di negara orang kini lebih terjamin. Sekurang-kurangnya, ada simpanan dan jaminan apabila pulang ke negara asal nanti.

"Terima kasih Malaysia, perkara ini sangat bermakna buat kami.

"Dah ada pengalaman juga keluarkan akaun 3, dah dua kali pulak tu," ujarnya.

Perkongsiannya itu menarik perhatian netizen, bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari Indonesia juga.

Image from: "Terima Kasih Malaysia," Pekerja Indonesia Kongsi Apa Erti KWSP Buat Dirinya

"Saya suka posting yang bagus macam ni. You boleh educate orang Indo sana tentang kebaikan kerja dekat sini dengan haluan betul. All the best," kata seorang netizen.

"Wonderful Malaysia. Waktu Covid terjebak di Malaysia selama 6 bulan. Diberi bantuan logistik makan 3 kali sehari bahkan waktu puasa sahur pun dapat. Terima kasih Malaysia," kata seorang lagi.

Untuk pengetahuan, majikan diwajibkan untuk membuat caruman mandatori bagi pekerja bukan warganegara Malaysia bermula 1 Oktober 2025.

Majikan juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang memiliki pas kerja yang sah didaftarkan dan mencarum kepada KWSP selaras dengan peruntukan undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved