“Bonda” Sentiasa Akhiri Video Call Dengan “Love You”, Nana Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Tun Hasmah

2 Oct 2026 • 6:54 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Bonda” Sentiasa Akhiri Video Call Dengan “Love You”, Nana Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Tun Hasmah

KUALA LUMPUR – Perbualan video call terakhir antara Nana dan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali menjadi antara kenangan yang paling bermakna buat dirinya selepas pemergian insan tersayang itu.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengguna Threads @nanax_rr yang berkongsi rakaman perbualan berkenaan sebagai kenangan yang akan disimpan selama-lamanya.

Menurut Nana, perbualan itu juga sedikit sebanyak menggambarkan betapa rapatnya hubungan mereka selama ini.

Sentiasa Ucap “Love You”

Apa yang paling menyentuh hati Nana ialah kebiasaan Allahyarhamah mengakhiri setiap panggilan mereka dengan ucapan salam serta kata-kata, “love you, love you”.

Menjawab komen seorang pengguna yang menyifatkan hubungan mereka begitu rapat sehingga seperti sering melakukan panggilan video, Nana berkata dirinya masih belum mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya smpai skg tk blh move on…” katanya.

Seorang lagi pengguna menyifatkan kebiasaan mengucapkan “love you” antara mereka sebagai sesuatu yang romantik dan jarang dilihat dalam hubungan keluarga.

Nana kemudian menjelaskan bahawa Allahyarhamah tidak pernah terlepas untuk mengucapkan “love you” kepadanya.

Perkongsian itu mencetuskan reaksi sebak dalam kalangan pengguna Threads yang turut meninggalkan ucapan dan doa buat Allahyarhamah.

Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah pada 29 September 2026 sebelum ini turut menyaksikan pelbagai kenangan mengenai sisi peribadi beliau kembali dikongsikan di media sosial.

Rakaman-rakaman seperti ini kini menjadi tinggalan kenangan buat keluarga dan mereka yang pernah rapat dengan Allahyarhamah.

The post “Bonda” Sentiasa Akhiri Video Call Dengan “Love You”, Nana Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Tun Hasmah appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved