'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

6 Jun 2026 • 8:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dirinya.

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dirinya.

Ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh di sini, beliau turut menzahirkan ucapan maaf atas kehilangannya itu dalam tempoh lama sehingga membawa kepada gerakan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran.

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

"Terima kasih. Minta maaf, menyusahkan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau yang ditemui oleh penduduk Orang Asli sekitar jam 5.10 petang kelihatan lemah, namun masih mampu mengukir senyuman ketika disapa.

"Oke tak okelah...nikmati hidup," katanya.

Beliau kemudiannya dibawa menggunakan kenderaan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ke Hospital Tapah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved