“Terima kasih orang baik!” – IG penulis surat layang kes Zulfarhan dibanjiri komen positif

25 Jul 2024 • 10:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Umum sedia maklum, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi adalah salah seorang penulis surat layang untuk memberitahu pihak atasan Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.

Penulis surat layang

image is not available

Ucapan terima kasih membanjiri ruangan komen di Instagram Aiman Aufa

Kagum dengan keberanian Aiman Aufa, orang ramai telah membanjiri ruangan komen akaun Instagram yang dipercayai milik lelaki terbabit dengan menzahirkan ucapan terima kasih.

Penulis surat layang

image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, terdapat dua individu yang cuba menyelamatkan nyawa arwah Zulfarhan iaitu Aiman Aufa dan Akmal Akif. Mereka telah menulis surat layang untuk diberikan kepada jurulatih bertugas dengan harapan mangsa dapat diselamatkan.

Bagaimanapun, kedua-dua usaha tersebut gagal apabila jurulatih tersebut bertindak menularkan surat layang pertama di aplikasi WhatsApp dan surat kedua ditemui terlebih dahulu oleh penuntut lain.

image is not available

Surat layang pertama diberikan kepada jurulatih namun, tiada tindakan susulan untuk selamatkan mangsa

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

image is not available

Sumber: Instagram @Aiman Aufa