“Terima kasih permaisuri sudi terima” – Wanita Jerit Teruja Dapat Serah Surat Luahan Kepada Tunku Azizah

Entertainment
6 Sep 2023 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Keterujaan rakyat Sabah yang berpeluang bertemu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tidak dapat disangkal sehingga tular video-video mereka menyambut meriah di sepanjang jalan.

Dalam kesempatan berjumpa secara dekat baginda berdua, seorang wanita meluahkan rasa puas hati apabila dapat menyerahkan sekeping surat kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantarannya di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Sri Wahyu Ningsi mengakui malu melihat aksinya menjerit teruja ketika selepas suratnya diserahkan kepada Tunku Azizah.

image is not available

Menurut Ningsi, surat tersebut merupakan luahan hatinya sebagai penduduk Sabah mengenai nasib peniaga kecil seperti dirinya yang terkesan dengan kenaikan harga barang dan pembangunan di negeri itu.

“Walaupun terkejut dengan suara sendiri dan malu mahu tengok semula video itu, semuanya terjadi di luar kawalan saya. Terlalu teruja apabila surat saya sampai terus di tangan Raja Permaisuri. Bila lagi rakyat jelata macam saya ini boleh sampaikan suara hati yang selama ini memang terpendam terutama bab jalan raya?

“Semoga surat itu dibaca dan adalah sedikit penambahbaikan selepas ini. Negeri Sabah ni sebenarnya kaya tapi ya begitulah,” luahnya.

Tambahnya, dia bersyukur apabila berpeluang dapat melihat secara dekat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah.

“Terima kasih permaisuri tercinta kerana sudi terima surat dari rakyat jelatamu di hujung dunia ni. Bersyukur sangat berpeluang dapat melihat Raja dan Permaisuri sekeluarga depan mata, Alhamdulillah,” katanya.

Ningsi berharap surat terbabit diterima baik dan ada sedikit penambahbaikan di negeri Sabah.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.