“Terima kasih sebab sudi terima saya semula – Isteri Dr Wong Maafkan Suami

Entertainment
28 Aug 2025 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bermula dengan isu dicekup berdua-duaan dengan isteri orang, isu yang terpalit ke atas seorang doktor iaitu Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan netizen dan ia memberi impak besar terhadap lelaki dari Kelantan ini sehingga dia telah digantung tugas.

Tidak berdiam diri, Dr Wong yang berstatus sebagai suami orang ini tampil membuat satu hantaran di Facebook, dia dengan secara terbuka memohon maaf kepada isterinya atas apa yang berlaku.

 

Terima banyak ancaman sejak 2 ke 3 bulan kebelakangan ini

Kata Dr Wong, dia sekeluarga menerima banyak foto dan video sejak 2 ke 3 bulan lalu dan pada ketika itu, dia memilih untuk bersikap jujur dan berterus terang serta memohon maaf kepada isterinya.

“Pada masa itu, saya memilih untuk berterus terang dengan isteri saya dan memohon kemaafannya. Kami juga telah mencapai persefahaman bersama, dan dia memutuskan untuk membenarkan saya kembali ke pangkuan keluarga, untuk kekalkan perkahwinan dan rumah tangga kami.”

“Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih dan maaf kepadanya kerana sudi menerima saya kembali.”

image is not available

Beliau berkata, perkara itu kini telah memasuki prosiding undang-undang dan berharap semua pihak memberi ruang kepada mereka.

“Apa yang harus dipertanggungjawab, kami akan bertanggungjawab. Kami juga akan mendapatkan nasihat undang-undang.”

Dalam pada itu, Dr Wong turut memohon maaf kepada orang sekeliling yang terkena tempias akibat kontroversi yang melanda pada dirinya.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua orang, termasuk rakan dan keluarga saya, kerana membuat anda bimbang dan membazirkan begitu banyak tenaga anda.”

image is not available

Dr Wong dilihat memberikan ucapan terima kasih dan memohon maaf sekali lagi kepada isterinya. Dalam hantaran menerusi video tersebut, isterinya dilihat muncal pada penghujung video dan meminta orang ramai agar menghormati privasi keluarganya.

“Saya harap semua orang boleh menghormati privasi kami dan tidak melibatkan keluarga dan anak-anak kami. Terima kasih semua.”

Sumber :Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.