Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali serta tidak putus-putus mendoakan isterinya itu.
Menerusi kenyataan bertarikh 19 Oktober 2026, Tun Dr Mahathir turut memaklumkan keadaan dirinya yang masih belum begitu kuat selepas kehilangan isteri tercinta.
AdvertisementView this post on Instagram
Masih Belum Cukup Kuat Untuk Ke Pejabat
Menurut Tun Dr Mahathir, beliau sudah cuba kembali ke pejabat sejak sehari dua lalu, namun keadaan fizikalnya masih belum mengizinkan.
“Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat.”
Beliau turut mewakili seluruh ahli keluarga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan pengebumian Tun Dr Hasmah.
Terharu Doa Buat Allahyarhamah Tidak Putus
Dalam masa sama, Tun Dr Mahathir mengakui amat terharu dengan doa yang terus dipanjatkan buat Allahyarhamah, sama ada ketika berada di pusara mahupun dari pelbagai tempat.
View this post on Instagram
“Selain itu, saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.”
Menurutnya, doa dan sokongan yang diterima turut mengingatkannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk bersama Tun Dr Hasmah dalam tempoh yang begitu lama.
“Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya terus bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.”
Mohon Maaf Jika Salam Dan Ucapan Tidak Terbalas
Tun Dr Mahathir turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sepanjang tempoh berduka itu terdapat salam, lambaian atau ucapan takziah yang tidak sempat dibalas.
“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf jika sepanjang tempoh ini ada salam yang tidak saya sambut, lambaian yang tidak saya balas serta ucapan takziah yang belum saya jawab.”
Beliau mengakhiri kenyataan tersebut dengan ucapan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan dan doa kepada keluarganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tun M Mula Tersenyum Selepas Kehilangan Tun Hasmah, Kesihatan Semakin Baik
The post “Terima Kasih” – Tun Dr Mahathir Mohamad Hargai Doa Dan Bantuan Selepas Pemergian Tun Dr Hasmah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






