“Terima kasih tunggu” – Rakyat Sabah Sanggup Berhujan, Raja Permaisuri Agong Doakan Tidak Demam

9 Sep 2023 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mengalir air mata Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan sambutan dengan sambutan luar biasa rakyat negeri Sabah ketika Kembara Kenali Borneo.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara, Raja Permaisuri Agong berasa tersentuh hati dengan semangat rakyat yang sanggup menunggu di sepanjang jalan raya meskipun hujan lebat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dan Tuanku saya doakan semua orang tak sakit, tak demam sebab tunggu dalam hujan begitu lama.

“Tengok ni, orang ramai masih menunggu baba dan mama walaupun hujan lebat. Walaupun dalam kereta basah kerana hujan, rakyat di luar lebih basah sebab hujan lebat,” titahnya yang dirakam sendiri baginda.

Dalam video itu juga, baginda turut sebak dan berterima kasih kepada rakyat Sabah dan akan mengenang peristiwa ini sepanjang hayat.

“Sabah ‘menangis’, saya juga turut menangis, rakyat menangis, langit menangis tetapi mereka tetap menanti di luar sana dalam hujan lebat. Saya sudah basah separuh kerana buka tingkap.

Rata-rata rakyat yang menonton video berkenaan memenuhi ruangan komen dengan mesej positif atas keprihatinan Seri Paduka berdua.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.