“Terima kasih untuk 35 tahun” – Ella Padam Semua Gambar Di IG, Beri ‘Hint’ Tinggalkan Dunia Seni?

Entertainment
1 Mar 2023 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tak kenal dengan Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin? Walaupun dilihat bergaya manja dari luaran, namun suara serak-serak basahnya menyanyikan lagu rock sangat menawan hati peminat.

Pun begitu, beberapa jam yang lepas, tindakan Ella memadam kesemua gambar di laman Instagramnya telah menimbulkan persoalan netizen.

Ia ditambahkan pula dengan satu posting yang baru dimuat naik penyanyi itu bertulis,

Terima kasih untuk 35 tahun.”

Ella bakal bersara dari dunia seni?

Menurut mStar, posting dengan kapsyen ‘Terima Kasih’ itu bagaikan memberi hint bahawa Ella, 57, bakal bersara dan meletakkan titik noktah dalam perjalanan seninya itu.

Wakil pengurusannya yang dikenali sebagai Peah, walau bagaimanapun memaklumkan bahawa pihak mereka juga tidak pasti dengan perkara tersebut kerana apa yang dilakukan itu adalah datang daripada hati penyanyi tersebut.

Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan.

“Saya tak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini. Namun sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundurkan diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik,” katanya.

image is not available

Tambah Peah lagi, kapsyen itu juga mungkin sebagai tanda penghargaan atas sokongan peminat termasuk generasi baru yang minat akan lagu-lagunya.

“Selama 35 tahun dalam industri seni, sudah tiba masanya untuk Ella berbakti untuk generasi baru bidang muzik. Mungkin ada sesuatu yang akan dia lakukan nanti,” katanya lagi.

Harap adalah nanti penjelasan daripada empunya badan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.