“Terima macam-macam ugutan” – Karakter Sebenar ‘Martha’ Dalam Siri ‘Baby Reindeer’ Nak Saman Netflix?

Entertainment
2 May 2024 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat ‘kaki’ Netflix, pasti tahu akan kewujudan siri terbaru dari London, United Kingdom (UK) berjudul Baby Reindeer.

Siri yang mengisahkan drama-thriller yang ditulis dan dibintangi oleh Richard Gadd, ia merupakan adaptasi daripada pengalamannya sendiri yang diintip (stalk) dan diserang secara seksual ketika dia berusia 20-an.

Dalam siri 7 episod itu, watak Martha yang mengintip Donny Dunn itu merupakan seorang bekas peguam dan mempunyai karakter yang sangat tidak boleh dijangka.

image is not available

Pun begitu, menurut laporan Mirror, wanita yang didakwa menjadi inspirasi untuk watak stalker itu telah mengugut untuk menyaman Netflix susulan siri itu menduduki carta tertinggi dalam laman penstriman itu di seluruh dunia.

Dia dilaporkan sedia untuk menentang undang-undang dengan laman penstriman itu dan bersedia untuk mewakili dirinya sendiri kerana dia mengakui dirinya sebagai ‘peguam yang sangat cekap’.

Ramai netizen dikatakan sudah mengenal pasti wanita sebenar di sebalik watak ‘Martha’ selepas beberapa hari siri itu disiarkan di Netflix pada awal bulan ini, namun pencipta serta pelakon utama siri itu, Richard Gadd merayu penonton supaya tidak berbuat demikian.

Korang dah tengok ke siri ni? Seram tau!

Sumber: Mirror

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.