Terima Nafkah RM50 Setahun, Siti Jamumall Nekad Bercerai! - "Tak Nak Terseksa Tanggung Biawak Hidup"

16 Oct 2023 • 6:44 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall mendedahkan pernah mendapat nafkah RM50 setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.

Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.

"Sebelum ini ramai tanya kenapa saya cerai. Kalau nak tahu, saya pernah dapat RM50 saja nafkah dalam masa setahun. Paling banyak pun RM200.

"Saya pernah cakap dengan dia (bekas suami) perkara ini. Tapi, mujur saya ini wanita jenis yang berdikari dan tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan dia. Jadi, saya bekerja dan berniaga menerusi sesi siarang langsung.

"Malah, pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Selepas itu baharulah saya ke hospital. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri," katanya.

Tanggung biawak hidup








@sitijamumall

Berdiam Selama ini. Menahan Sakit sendiri. Doakan sye terus kuat

♬ original sound - sitijamumall




View Original Article