Terima Pingat, Jurubahasa Isyarat Raih Tumpuan Terjemah Berita Sendiri

4 Jun 2025 • 2:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang jurubahasa isyarat berita bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) mencuri perhatian ramai semasa menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2 Jun lalu.

Jurubahasa terjemah berita sendiri

Menerusi perkongsian di TikTok @azharanditahir, jurubahasa isyarat yang dikenali sebagai Tan Lee Bee itu menterjemah berita mengenai dirinya menerima anugerah dan momen tersebut telah disiarkan dalam rancangan televisyen RTM.

“Bila kau sendiri ‘mejuru bahasakan’ berita diri sendiri. Tahniah,” tulis pengguna TikTok itu, pada Selasa.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen warganet menzahirkan ucapan tahniah atas penganugerahan tesebut dan berpendapat Lee Bee merupakan individu yang benar-benar layak dan wajar dihargai sumbangan serta jasanya dalam dunia penyiaran.

Malah ada juga warganet yang terhibur, tidak menyangka jurubahasa isyarat itu tidak mempunyai masalah dalam berkomunikasi kerana mengganggap beliau merupakan seorang yang bisu selama ini.

Memang betul layak

image is not available

Sangat berjasa buat OKU

image is not available

Beliau boleh bercakap

image is not available

image is not available

Foto: MalayMail

Untuk rekod, Tan Lee Bee merupakan antara 16 individu menerima Bintang AMN pada istiadat itu yang turut menyaksikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Sumber: TikTok AzharAndiTahir