Terima ratusan DM tiap hari, ibu Aliff Aziz kasihan netizen penat tulis mesej makian

18 Jun 2024 • 5:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak mengaktifkan semula akaun Instagram, ibu Aliff Aziz kasihan netizen penat tulis mesej makian dan cacian disamping mendedahkan dia menerima ratusan mesej sebegitu menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Siti Hafiza telah memuat naik satu hantaran direct message (DM) daripada seorang pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

Ibu Aliff Aziz kasihan netizen penat tulis mesej makian

image is not available

Menurut pengikut berkenaan, dirinya sentiasa mendoakan agar Siti Hafiza dan keluarga sentiasa kuat menghadapi semua dugaan disamping akan sentiasa menyokong mereka.

“Saya juga seorang ibu, saya faham perasaan kakak. Sejahat manapun anak kita, anak yang kita lahirkan takkan kita nak buang mereka hanya dengan kesilapan yang mereka buat.

“Teruskan beri Aliff semangat untuk terus kuat hadapi dugaan dan ujian. Saya tak pandang kesilapan Aliff, yang saya pandang bakat yang ada padanya,” kata pengikut itu.

Ibu Aliff Aziz kasihan netizen tak dilayan di DM

image is not available

Manakala, pada ruangan kapsyen, Siti Hafiza mendedahkan lebih ramai yang menghantar mesej makian daripada mesej yang baik-baik sahaja.

“MasyaAllah, tabarakallah, setiap hari saya terima beratus-ratus DM makian dan cacian daripada cybertroopers tegar,” ujarnya.

Bagaimanapun, Siti Hafiza berkata dia tidak membaca mesej-mesej berkenaan namun menyekat mana-mana individu yang menghantar kata-kata cacian dan makian itu.

Siti Hafiza juga menyuarakan rasa kasihan terhadap individu-individu yang menghantar mesej berkenaan dan berkata mereka pasti penat menulis mesej tersebut.

Terima ratusan DM, ibu Aliff Aziz kasihan netizen penat tulis mesej

image is not available

“Alhamdulillah, saya tidak baca, hanya terus sekat dan padam. Kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun, mereka pasti penat kan.

“Tapi tak mengapa, saya maafkan sebab mereka tak kenal kami. Mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung.

“Tetapi pastinya mereka sangat menghiraukan kami sebab mereka habiskan banyak masa dan tenaga untuk kami,” luahnya.

Sementara itu, membalas hantaran daripada pengikutnya, Siti Hafiza menyuarakan rasa ksyukur dan gembira apabila menerima mesej positif sebegitu.

image is not available

“Allah ilhamkan untuk terbaca DM akak ni, AllahuAkbar, ramai lagi insan-insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab, Alhamdulillah,” kongsinya.

Selain itu, Siti Hafiza turut menambah tanda pagar ‘Kami Maafkan Semua’ menandakan dia sudah memaafkan individu-individu yang menghantar mesej makian dan cacian.

Bagaimanapun, Siti Hafiza telah menutup ruangan komen pada hantaran itu menyebabkan tiada netizen yang dapat meninggalkan komen.

Ibu Aliff Aziz kasihan netizen tulis mesej memaki dirinya

image is not available

Terdahulu, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac namun kedua-dua pelakon ini menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Isteri Aliff Aziz iaitu pelakon Bella Astillah memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu dan pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna, masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff ditangkap curang beberapa kali namun kembali rujuk ketika dalam tempoh iddah.

Sumber: Instagram Fiza Azi