Terima RM 1 Juta Lepas Dapat Pingat Emas, Cheah Liek Hou Nak Derma Sebahagian Kepada Kebajikan

Entertainment
4 Sep 2024 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan sahaja berjaya meraih pingat emas di Paralimpik Paris, Cheah Liek Hou sekali lagi menang ‘jiwa’ rakyat Malaysia selepas mengumumkan dia akan menderma sebahagian daripada RM 1 juta yang diterimanya dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Atlet berusia 36 tahun itu merangkul pingat emas Paralimpik kedua berturut-turut dalam perseorangan lelaki SU5 di Paris dan Tokyo pada edisi sebelum ini.

Liek Hou menerima ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM 1 juta dan dia berikrar untuk mendermakan sebahagian daripada wang hadiahnya kepada pertubuhan kebajikan.

image is not available

“Perkara pertama yang saya ingin lakukan ialah mendermanya. Saya mahu memberi kembali kepada masyarakat,” katanya.

Walaupun dia masih belum memutuskan badan kebajikan mana yang akan didermakannya, Liek Hou menyatakan hasrat untuk menyokong orang kurang upaya, rumah orang tua serta rumah anak yatim.

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama atlet itu mendermakan wang kemenangannya untuk kebajikan, sebelum ini dia pernah mendermakan wang RM 1 juta yang diterimanya serta wang hadiah dari FWD Takaful untuk kebajikan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.