Terima ucapan tahniah daripada peminat, Syasya Rizal didakwa sudah bernikah?

21 Apr 2024 • 3:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Syasya Rizal didakwa sudah bernikah apabila satu gambar dikongsikan akaun peminat di Instagram dengan ucapan tahniah daripada mereka.

Pakai baju pengantin sedondon

Dalam hantaran yang dibuat akaun peminat dikenali sebagai idollas_.fansdolla._, terdapat gambar seorang wanita dipercayai bekas anggota kumpulan Dolla dengan seorang lelaki berbaju sedondon berwarna putih seakan mahu melangsungkan upacara menyarung cincin.

image is not available

Syasya Rizal didakwa sudah bernikah? Ada hantaran di sekeliling

Terdapat juga beberapa dulang hantaran berada di sekeliling mereka dengan masing-masing memandang kamera sambil tersenyum.

Dapat dilihat kapsyen yang ditinggalkan akaun peminat itu telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut serta mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

“Awhh congratulations Syasya. Im so happy for you. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kepada your husband, please jaga Syasya kiteorang baik-baik okay. IDolla love her and miss her so much,” tulis akaun tersebut.

image is not available

Syasya Rizal didakwa sudah bernikah? Belum ada sebarang pengesahan

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan berkenaan berita mengejutkan ini dan diharap Syasya dapat berkongsi khabar gembira berkenaan kepada umum.

image is not available

Terdahulu, pihak pengurusan kumpulan Dolla memaklumkan yang Syasya Rizal atau nama sebenarnya, Syasya Afigah Shahrizal telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan nyanyian popular tersebut.

Tindakan itu benar-benar mengejutkan ramai pihak memangkan dia dan Dolla sedang berada di puncak kerjaya memandangkan baru beberapa minggu membuat persembahan di luar negara sehingga mendapat pujian warganegara luar.

Sumber: Instagram idollas_.fansdolla._