Peminat Ucap Tahniah, Syasya Dolla Sudah Bernikah?

Entertainment
21 Apr 2024 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular di media sosial mengenai bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga.

Berdasarkan hantaran Instagram peminat Dolla, boleh dilihat Syasya dan pasangannya bergambar bersama di dalam masjid sambil mengenakan pakaian yang sedondon.

image is not available

Bagaimanapun, kesahihan berita tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana Syasya sendiri tidak memuat naik sebarang gambar mengenai majlis berkenaan.

“I’m so happy for you. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada your husband, please jaga Syasya kita orang baik-baik ok. iDOLLA love her and miss her so much,” tulis akaun berkenaan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, setelah mengundurkan diri dari kumpulan Dolla, Syasya mengejutkan para peminatnya dengan penampilan baharu.

Syasya telah mengenakan tudung sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri sehinggakan ada yang mengaitkan perubahan tersebut berkaitan dengan tindakannya mengundur diri dari kumpulan Dolla.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.