Terima Ugutan, Pakar Patologi Kes Zara Buat Laporan Polis

LocalPolitics
7 Sep 2025 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis menerima laporan daripada Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, selepas menerima ugutan kerana menjadi saksi dalam inkues kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, mengesahkan laporan dibuat semalam dan kes kini dalam siasatan polis.

Dalam prosiding minggu lalu, Dr Hiu menyatakan Zara tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari penghadang konkrit di koridor asrama.

image is not available image is not available

Beliau juga mengesahkan mayat Zara berada pada tahap pereputan sederhana hingga lanjut, selari dengan tempoh pengebumian, dan kecederaannya konsisten dengan rekod perubatan serta imbasan CT dan radiograf.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama. AGC mengarahkan inkues dijalankan pada 13 Ogos, dan kuburnya digali semula pada 8 Ogos untuk bedah siasat lanjut.

image is not available 2025-08-31 18:45:44

Zara Qairina & Syamsul Haris: Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan - "Tak Pernah Terjadi"