Pemilik Akaun FB ‘Amung Kamaruddin’ Ditahan Polis Susulan Kenyataan Di FB Berunsur Ugutan Terhadap Pakar Patologi

LocalPolitics
7 Sep 2025 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu yang menjalankan proses bedah siasat terhadap Allahyarham Zara Qairina telah membuat laporan polis selepas menerima ugutan oleh orang awam di media sosial susulan keterangan yang diberikan oleh pakar itu ketika prosiding inkues Zara Qairina.

Terkini, seorang lelaki berusia 61 tahun yang dipercayai merupakan pemilik akaun Facebook bernama ‘Amung Kamaruddin’ telah ditahan polis sebentar tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki warga emas itu telah menggunakan akaun Facebook tersebut untuk membuat kenyataan yang mempunyai unsur ugutan jenayah terhadap Dr Jessie Hiu yang merupakan pakar patologi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

image is not available
Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi

Selain itu, sebuah telefon bimbit yang dimilik oleh lelaki tersebut juga turut dirampas oleh pihak polis.

Difahamkan, siasatan pihak polis mendapati bahawa telefon pintar berkenaan telah digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik kenyataan berunsur ancaman kepada Dr Jessie.

Susulan penahanan lelaki berkenaan, pihak PDRM mengingatkan orang awam khusunya pengguna media sosial untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang berunsur ancaman ketika menggunakan media sosial.

Gunalah platform media sosial dengan berhemah.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.