“Teringat ayah” – [VIDEO] Pakcik Tarik Barang Sambil Duduk Atas Kerusi Roda Undang Sebak

Entertainment
24 Jun 2024 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Melihat orang tua yang dah uzur masih membanting tulang sudah semestinya membuatkan kita sebagai anak muda rasa kasihan apabila melihatnya. Pastinya kita akan terkenangkan ibu dan ayah kita.

Manakan tidak, sepatutnya golongan ini perlu berehat daripada segala kerja-kerja berat, tetapi warga emas ini gigih membawa barang biarpun berkerusi roda.

Dalam satu rakaman video yang kini sedang tular, pakcik itu menjelaskan dia dalam perjalanan untuk pulang ke Chow Kit. Dia berjalan dari Chow Kit ke Dataran Merdeka untuk mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula.

Difahamkan jarak lokasi pertemuan antara pemilik video dengan pakcik ini dengan tempat tinggalnya agak jauh dan pemuda yang merakamkan video itu menawarkan bantuan terhadap pakcik ini.

Namun, ia ditolak kerana pakcik itu menjelaskan bahawa dia sudah terbiasa melakukan perkara sedemikian kerana ia adalah rutinnya.

Kesemua barang yang dikutip itu untuk dijual, jelas pakcik ini lagi, anaknya mengikut suami bekerja sebagai pengawal keselamatan. Rasa kesian pun ada bila tengok pakcik ni termengah-mengah.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang sebak melihat keadaan pakcik ini, ada di antara mereka yang pernah ternampak pakcik ini terbaring di tepi jalan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga pakcik ini murah rezeki dan ada kesenangan yang mendatang buat mereka sekeluarga. Amin.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.