Teringin Lihat Muka Wanita Berpurdah, Lelaki ‘Jadi’ Perempuan Masuk Ruang Solat

26 Mar 2024 • 3:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki jadi perempuan dan menyelinap masuk ke dalam ruang solat wanita dengan penampilan berjubah dan berpurdah atas alasan teringin lihat wajah jemaah wanita yang berpurdah.

Kejadian yang berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia itu berjaya dirakam dan dimuat naik di TikTok di akaun @tintainformasi.com.

Lelaki jadi perempuan teringin lihat wanita berpurdah

@tintainformasi.com

Pria Bercadar Kedapatan di Area Tempat Sholat Wanita, Lokasi Masjid Jannatul Firdaus Kanal Batua Harap Hati2 Modus Seperti Ini Jaga Barang Bawaan Ketika Sholat Berjama’ah Terutama Masjid Pinggir Jalan Raya.#JelajahRamadan #fypシffypシ #fypシ #fyp #fypeeeeeeeeeeeeeeeeee

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Namun begitu, apa yang lebih mengejutkan ialah alasan lelaki tersebut menyelinap masuk ke dalam ruang solat wanita yang tidak pernah didengar orang lain.

Memetik laporan TribunJatim, selain tidak menjawab salam daripada jemaah wanita lain, lelaki itu turut enggan bercakap disamping mempunyai tangan yang kelihatan kasar.

image is not available

Disebabkan itu, lelaki yang menyamar itu dibawa keluar daripada masjid dan diminta untuk membuka tudung dan purdah yang dipakainya.

Namun begitu, lelaki tersebut enggan menuruti arahan itu disamping cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan orang ramai.

Oleh kerana enggan, jemaah lelaki yang lain akhirnya membuka tudung dan purdah penyamar itu secara paksa dan memang terbukti bahawa dia seorang lelaki.

image is not available

Selepas penyamarannya terbongkar, lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat polis di daerah Manggala bagi menjalani siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Manggala, Syamsuardi berkata lelaki tersebut yang juga merupakan guru sekolah mengaku dia teringin untuk melihat wajah jemaah wanita berpurdah di masjid itu.

Menurutnya, ramai jemaah wanita yang datang ke Masjid Jannatul Firdaus mengenakan purdah sehinggakan ia menimbulkan rasa tanda tanya dalam diri lelaki itu.

Video penangkapannya telah dimuat naik ke media sosial dan ia menjadi tular sehinggakan isteri kepada lelaki tersebut terpaksa meminta video tersebut dipadam.

image is not available

Isteri kepada lelaki itu turut memohon maaf atas tindakan suaminya disamping berkata dia akan membawa suaminya untuk mendapatkan rawatan psikologi selepas selesai semua urusan bersama polis.

Sumber: TribunJatim, TikTok @tintainformasi.com