Wanita Terkejut Diintip Ustaz Masa Solat Jemaah Di Masjid, Dapat Surat Mahu Lamar Jadi Isteri Kedua

Entertainment
21 Mar 2024 • 3:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita jadi serik untuk bersolat jemaah di masjid apabila dirinya selama ini telah diperhatikan oleh seorang jemaah lain, lebih-lebih lagi daripada jemaah lelaki.

Gadis dari Indonesia yang dikenali sebagai Sasa ini, sebelum itu kerap ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Bagaimanapun, dia tak sangka bahawa dia telah diperhatikan oleh seorang individu yang dikatakan seorang ustaz.

Perkara itu mula diketahui apabila Sasa ada menerima surat daripada ustaz yang dikenali sebagai Zakir. Ustaz tersebut menyatakan bahawa dia jatuh hati kepada Sasa dan berhajat untuk memperisterikannya.

image is not available

“Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil.”

image is not available

Disebabkan surat tersebut, Sasa jadi rasa takut dan kurang selesa untuk ke masjid berkenaan serta menjengah ke ruangan komen, memang ramai netizen yang begitu risau dan takut apabila membaca surat tersebut.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.