Teringin Pekena Nasi Kandar Macam Di Penang, Anda Boleh Cuba Di Depo Kitchen

2 Apr 2023 • 10:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Confirm sampai menjilat jari

Teringin Pekena Nasi Kandar Macam Di Penang, Anda Boleh Cuba Di Depo Kitchen. Jika anda sedang merindui rasa nasi kandar seperti di Pulau Pinang, jangan risau! Kini terdapat sebuah kedai di Kuching yang menyediakan hidangan tersebut dengan rasa yang sama enaknya.

Bagi penggemar nasi kandar, terdapat sebuah kedai yang wajib anda cuba iaitu Depo Kitchen.

image is not available
Teringin Pekena Nasi Kandar Macam Di Penang, Anda Boleh Cuba Di Depo Kitchen. Kredit: FB Masduqi Husni Thamrin

Portion hidangan nasi kandar pun besar, berbaloi dengan harganya

Terletak di Samariang, tempat makan ini sering menjadi pilihan utama bagi penduduk tempatan untuk menikmati hidangan nasi kandar yang sedap dan memuaskan.

Suasana di Depo Kitchen juga sangat selesa dan mesra pelanggan. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan hidangan yang disajikan.

Dah takperlu jauh-jauh terbang ke Penang

Apa yang membezakan gerai nasi kandar ini daripada yang lain adalah rasanya yang autentik seolah-olah anda makan di Penang. Portion hidangannya yang besar, memang sangat berbaloi dengan harganya.

Di Depo Kitchen ini anda juga boleh pesan melalui aplikasi Grab atau Foodpanda. Anda juga boleh membuat tempahan awal untuk pickup nasi kandar, atau tempah meja untuk dine-in.

Lokasi: Kunafa Depo Samariang, Jalan Depo, Petra Jaya, 93050 Kuching
Grab/Foodpanda: Kunafa Depo Samariang
No telefon: 019-827 9220

Jika anda di Samarahan, mungkin anda boleh cuba menu utara yang lain di sini: