
‘Terjah’ Parkir Terbengkalai, Youtuber Temui Koleksi Kereta Antik Mewah Bernilai RM5 Juta
Kereta antik sememangnya mempunyai nilai tertentu kepada penggemar. Tambahan lagi, kereta klasik atau dipanggil ‘antik’ semakin meningkat nilai pasarannya.
Oleh itu, tidak hairan mengapa semakin ramai orang yang mahu mengumpul dan mempunyai pelbagai koleksi kereta antik. Ia merupakan satu aset dan semakin dipandang tinggi oleh masyarakat.
Tahukah anda pada tahun 2020, dua orang Youtuber yang dikenali sebagai Ben dan Eran menemui kereta antik mewah yang dianggarkan berharga lebih RM5.22 juta di kawasan parkir lama yang terbengkalai di Surrey, England.

Dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Lost Advantures, mereka dilihat memasuki sebuah bangunan lama yang terbiar selama bertahun-tahun.
Ketika itu, mereka secara tidak sengaja menjumpai koleksi-koleksi kereta lama yang dikumpulkan di situ. Dalam penemuan itu, pelbagai kereta klasik mewah seperti Formula 1, Bentleys, Bristol Cars, teksi retro, beberapa prototaip kereta dan kayu.
Menurut Eran, hampir sebahagian kereta yang djumpai tersebut tidak diketahui usianya.
Apa yang lebih menarik lagi, sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipercayai milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad suatu ketika dahulu turut ditemui mereka.

Kereta itu dipercayai digunakan sewaktu lawatan Tun Mahathir ke United Kingdom bagi membantu penyelidikan bahan api hibrid pada suatu ketika dahulu.
Mereka menjelaskan bahawa tidak pernah melihat kenderaan seperti itu di jalan raya sebelum ini dan ia merupakan satu peluang sekali seumur hidup untuk melihat kenderaan berkenaan.

Menurut pelelong koleksi kenderaan retro, David Fletcher, dia menganggarkan keseluruhan barangan berharga itu bernilai RM5.22 juta sewaktu memberitahu kepada The Sun UK.
Terdahulu, Syarikat Bristol Cars merupakan sebahagian daripada syarikat Bristol Airplane Company semasa Perang Dunia kedua sebelum menjadi syarikat persendirian pada tahun 1960.

Bagaimanapun, syarikat pengeluar kenderaan itu menjalankan peniagaan berskala kecil dengan menggunakan tenaga manusia.
Syarikat kenderaan itu menjadi pilihan kepada peminat kenderaan mewah namun ditutup pada tahun 2011 dan ia muflis. Pada tahun 2020, syarikat itu telah jatuh muflis dan sebahagian besar aset telah dilelongkan.
Sumber: Meaww.com
The post ‘Terjah’ Parkir Terbengkalai, Youtuber Temui Koleksi Kereta Antik Mewah Bernilai RM5 Juta appeared first on Siakap Keli.

