Terjawab! Akhirnya Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Entertainment
28 Jul 2022 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dukacita dimaklumkan buat peminat Marvel bahawa filem terbaru, Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Berita mengenai perkara ini diumumkan pihak Golden Screen Cinema (GSC) melalui ciapan di Twitter rasmi mereka.

Menurut GSC, berita mengenai pembatalan tayangan itu telah diputuskan oleh Disney.

Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda.

Pengumuman yang dibuat itu sekaligus menamatkan teka-teki mengenai filem adiwira yang beberapa kali ditangguhkan sebelum ini.

Untuk info, Thor: Love and Thunder yang sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai 2022 terpaksa ditangguhkan pada 21 Julai 2022 sebelum sekali lagi ditangguh dengan tarikh tayangan tidak didedahkan.

Kredit: Twitter GSC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media