'Thor : Love And Thunder' Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Movie
28 Jul 2022 • 2:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Filem 'Thor: Love And Thunder' sepatutnya ditayangkan pada 21 Julai - Gambar Fail

Berita sedih buat peminat-peminat filem adiwira terbitan Marvel Studios iaitu Thor: Love And Thunder apabila pihak Disney telah membuat keputusan untuk tidak menayangkan filem berkenaan di Malaysia. 

Berita mengenai hal ini telah diumumkan Golden Screen Cinema (GSC) menerusi platform media sosial mereka.

        View this post on Instagram                      

A post shared by GSC 🍿 (@gscinemas)

“Pelanggan yang dihormati, dimaklumkan bahawa Disney telah mengumumkan filem keluaran Marvel Studios Thor: Love And Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. 

“Kami menghargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Tolong beli barangan kami,” tulis GSC dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, filem yang sepatutnya ditayangkan pada 21 Julai itu telah ditangguh tayangannya atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Selepas filem ini diumumkan tidak akan ditayangkan di Malaysia, ramai netizen yang kecewa dan membuat pelbagai spekulasi.

Nampaknya rakyat Malaysia perlu tunggu filem ini ditayangkan di platform penstriman digital kelak. - Getaran, 28 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved