Terjawab Sudah Siapa Jejaka Dalam Gambar Kahwin! MK Pilihan Nabila Razali

29 Nov 2022 • 4:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kemunculan jejaka di dalam gambar yang dimuat naik Nabila Razali mengundang tanda tanya. - Gambar Instagram Nabila Razali

Pelbagai andaian mula bertebaran apabila penyanyi Nabila Razali mula memuat naik gambar kahwin di platform rasmi Instagramnya sejak beberapa hari lepas. 

Nabila bagaimanapun tidak mendedahkan siapakah gerangan jejaka berkenaan dan apakah tujuan gambar itu dimuat naik. 

Peminat turut mendedahkan gambar papan tanda perkahwinan menunjukkan huruf NL dan MK sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa jejaka tersebut ialah MK K-clique.

Beberapa jam lalu, Nabila akhirnya menjawab segala persoalan dengan memuat naik gambar MK di laman Instastories.

Mengintai respons peminat di Twitter, rata-rata meneka gambar tersebut hanyalah sebuah gimik untuk lagu terbaharunya. 

image is not available
Gambar Instagram Nabila Razali

“Nabila Razali buat gimik lagu baru, dekat Instagram upload gambar kahwin MK,” tulis satu komen

“Betul ke Nabila dengan MK? atau sebab ada lagu baru?” kata komen yang lain. 

Terdahulu, MK turut terlibat membintangi video muzik 'Peluang Kedua' sehingga meraih sehingga 39 juta tontonan. – Getaran, 29 November 2022