Terjebak cinta lokasi lagi?

LocalEntertainment
9 Aug 2026 • 10:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Terjebak cinta lokasi lagi?

Baru saja Cik Bunga dengar satu bisik-bisik daripada orang belakang tabir, kononnya ada dua pelakon yang berkongsi status hidup sama kini semakin rapat sehingga hubungan mereka didakwa sudah bertukar daripada sekadar kawan kepada sesuatu yang lebih istimewa.

Kata sumber, bibit mesra itu mula berputik ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah karya tempatan. Alahai, nampaknya penangan menghayati watak bukan saja membuatkan babak di depan kamera menjadi, malah kemesraan itu dikatakan berlarutan selepas penggambaran selesai.

Khabarnya, kedua-duanya bukanlah kali pertama dikaitkan dengan cerita cinta lokasi. Sebab itulah ada yang tertanya-tanya, tidak serik lagikah? Atau memang susah hendak mengelak apabila hari-hari bertemu di set? Ada pula yang berbisik nakal, jangan-jangan semua ini sekadar ‘bonus promosi’ supaya nama terus menjadi bualan.

Biasalah, apabila sudah selalu dilihat bersama, macam-macam andaian mula timbul. Ada yang mendakwa mereka tidak lagi segan memperlihatkan kemesraan di depan kru produksi dan kenalan rapat.

Namun, kalau ditanya soal hubungan, tentu jawapan paling popular yang bakal keluar, “Kami cuma kawan.”

Apa-apa pun, Cik Bunga tidaklah berani hendak mengesahkan sejauh mana benarnya cerita yang singgah di telinga ini.

Cuma kalau benar sudah bertemu kebahagiaan, tidak salah pun. Betul atau tidak, sama-sama kita tunggu.

The post Terjebak cinta lokasi lagi? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved