Terjumpa Mata Kail Dalam Lauk Ikan, Restoran Bagi Pampasan Diskaun 60 Sen

Entertainment
27 Jun 2022 • 6:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita sebagai pelanggan bila berada di restoran, selain servis layanan dan kebersihan makanan, keselamatan juga perlu dititik beratkan.

Seorang wanita baru-baru ini ada makan di sebuah restoran di KL dan berdepan dengan situasi bahaya apabila dia menjumpai sesuatu dalam kari kepala ikan yang dia makan.

 

Jumpa mata kail masa tengah makan ikan

Baginya, ia merupakan satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang hidupnya makan kari kepala ikan setelah dia yang waktu itu tengah makan bersama keluarganya terjumpa mata kail kat dalam lauk tu.

image is not available

Tidak pasti bagaimana mata kail itu ditemui, namun mujurlah tiada di antara mereka yang tercedera.

Terkejut melihatnya, wanita itu terus memanggil pengurus restoran untuk melaporkan hal ini namun respon yang dia terima sangatlah tidak memberangsangkan.

“Sorry salah supplier.”

Lapor Sin Chew, sebelum dia laporkan kepada pengurus restoran, salah seorang waiter mengatakan bahawa ia silap pekerja dapur, namun apabila sampai ke perhatian pengurus, dia salahkan pengedar.

image is not available

Walaubagaimanapun, pengurus tersebut ada meminta maaf kepadanya dan pampasan yang diberikan hanyalah diskaun sebanyak 60 sen.

“Mula-mula kata salah pekerja dapur, lepastu kata salah pengedar pula. Nasib ayah saya tak tercekik makan mata kail tu, tapi macam mana kalau hidangkan kat pelanggan lain?”

Perkara ni tak boleh dipandang remeh, andaikata memang salah supplier sekalipun takkan lah diaorang tak check dulu sebelum masak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.