“Terkadang Saya Dan Kita Semua Terlalu Sensitif, Adios..” – PU Rahmat Mohon Maaf ‘Provoke’ Isu Pakai iPhone

LocalOpinion
16 Dec 2025 • 4:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Rahmat Ikhsan tampil memberikan penjelasan susulan salah faham orang ramai terhadap gurauannya berkaitan penggunaan telefon pintar jenama terkenal, iPhone, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Rahmat membalas komen seorang individu yang mendakwa dirinya sengaja melakukan provokasi berhubung isu iPhone yang sedang menjadi perbualan hangat.

Advertisement

PU Rahmat Minta Netizen Kecam Peserta Sumud Pakai Iphone, Netizen Minta Jangan Keruhkan Suasana

Menurut Rahmat, kenyataannya berbunyi, “Guys jangan lupa kecam PU Rahmat peserta Sumud tuu… Dia pakai iphone. Kita desak dia pakai Public phone,” hanyalah gurauan dan tidak mempunyai niat untuk mencetuskan kontroversi.

Saya melawak tapi jika dianggap sebagai provoke maka itu satu hal saya mohon pengertian. Terkadang saya sendiri dan kita semua terlampau sensitif.

image is not available
image is not available

Rahmat turut menjelaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat dalam nada berseloroh dan tidak bertujuan untuk memperlekeh atau menyindir mana-mana pihak.

image is not available

Terdahulu, isu berkaitan penggunaan telefon pintar iPhone kembali tular selepas adik kepada Heliza Helmi, Hazwani, mencuri perhatian ramai apabila merakam video menggunakan peranti berkenaan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37).

Susulan itu, segelintir warganet mempersoalkan tindakan Hazwani memandangkan beliau merupakan antara aktivis Global Sumud Flotilla, selain dakwaan bahawa jenama telefon tersebut mempunyai kaitan dengan sumbangan dana kepada pihak Israel.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-16 11:29:57

PU Rahmat Minta Netizen Kecam Peserta Sumud Pakai Iphone, Netizen Minta Jangan Keruhkan Suasana

The post “Terkadang Saya Dan Kita Semua Terlalu Sensitif, Adios..” – PU Rahmat Mohon Maaf ‘Provoke’ Isu Pakai iPhone first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.