PU Rahmat anggap isu iPhone hanya gurauan, tak sangka ramai salah faham

16 Dec 2025 • 5:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan tampil meredakan keadaan dengan memberi penjelasan berhubung salah faham orang ramai terhadap kenyataannya berikutan menggunakan telefon pintar keluaran iPhone.

Isu iPhone, ramai salah faham

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Rahmat membalas komen individu yang mendakwa dirinya sengaja melakukan provokasi dan menjelaskan kenyataan itu sekadar gurauan bersama netizen.

image is not available

“Saya melawak tapi jika dianggap sebagai provoke maka itu satu hal saya mohon pengertian.
“Terkadang saya sendiri dan kita semua terlampau sensitif,” tulis PU Rahmat, semalam.

image is not available

Artikel lain: Guna produk boikot, PU Rahmat minta netizen kecam – “Kita desak dia pakai public phone..”

Terdahulu, aktivis kemanusiaan itu menyindir netizen dengan meminta mereka mengkritiknya susulan menggunakan produk boikot, sama seperti kecaman yang diterima oleh rakan seperjuangannya, Hazwani Helmi.

Bukan itu sahaja, malah dia juga turut berseloroh agar orang ramai mendesak dirinya untuk memakai telefon awam.

Sehubungan itu, ramai warganet menasihatinya agar tidak mengeruhkan lagi keadaan berhubung kontroversi yang sedang panas di media sosial.

Sumber: Threads rahmat.sumud.nusantara