“Terkejut dia” – Individu ‘Sound’ Warga Asing Berjudi Di Tempat Awam Raih Pujian Netizen

Entertainment
9 Oct 2023 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perjudian adalah jenayah di Malaysia, melainkan pertaruhannya pada loteri berlesen, ia juga diharamkan bagi mereka yang beragama Islam.

Terbaru, tular di TikTok sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai warga asing dengan ‘selamba’ berjudi secara haram di tempat awam.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @blackpesol itu memaparkan beberapa individu dilihat berjudi dengan menggunakan papan seterika sebagai meja sebelum dijerkah oleh perakam video tersebut.

Mereka kemudiannya dilihat meminta maaf dan beredar ketakutan selepas ditegur oleh seorang lelaki yang dipercayai penduduk tempatan.

Menerusi video tersebut kejadian itu difahamkan berlaku di laluan pejalan kaki Jalan Jelatek, menerusi kapsyen pengguna TikTok itu, dia meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas warga-warga asing tersebut.

“Ini baru betul!”

Tindakan lelaki yang menjerkah kesemua individu tersebut dipuji netizen, keberaniannya menegur dan menghalau mereka dilihat sebagai sesuatu yang positif serta dapat dijadikan contoh.

Selain itu, ramai juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan pantas bagi membanteras jenayah tersebut.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak dan video tersebut telah pun mencapai lebih 1.5 juta tontonan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.