Terkejut Nasi Putih RM8, Individu Geram Kedai Makan Cas Pelanggan Harga ‘Cekik Darah’

2 Jun 2023 • 5:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Makanan dekat sarawak kalau jual dekat semenanjung automatik jadi mahal”- Netizen

Terkejut Nasi Putih RM8, Individu Geram Kedai Makan Cas Pelanggan Harga ‘Cekik Darah’. Ketika kita menyantap hidangan di sebuah kedai makan, kita mengharapkan harga yang wajar dan masakan yang enak.

Namun, kali ini, sebuah kedai yang terkenal dengan hidangan masakan autentik dari Sarawak telah mengecewakan seorang pelanggan dengan meletakkan harga yang ‘cekik darah’.

Difahamkan kejadian ini dialami oleh seorang individu di Twitter apabila beliau terpaksa melupakan hasratnya untuk membuat pesanan makanan tersebut menerusi aplikasi ‘food delivery’.

image is not available
Terkejut Nasi Putih RM8, Individu Geram Kedai Makan Cas Pelanggan Harga ‘Cekik Darah’. Kredit: Twitter

“Nasi kosong RM8 how do i make official report? or just make it viral seems thats the only effective way nowadays”

Menurutnya, cara yang paling efektif supaya kedai tersebut diambil tindakan adalah melalui kuasa viral.

Tambahnya, nasi kosong dicas dengan harga tidak masuk akal iaitu RM8 sebungkus.

image is not available

Bukan itu sahaja, sup kosong juga dicas dengan harga melampau iaitu RM 6.50.

Paling ‘cekik darah’, air mineral yang biasa dijual dengan harga RM1 di kedai lain dijual dengan harga RM8 di kedai ini.

image is not available

Minuman pun dah mahal, apatah lagi makanan? Tak masuk akal!

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan cara restoran ini mengaut keuntungan mereka.

Antaranya, kesemua makanan di kedai tersebut dijual dengan ‘harga kayangan’. Bayangkan satu mangkuk mi kolok yang dahulunya dijual pada harga RM17 tetapi kini dijual pada harga RM 27.

image is not available

Rata-rata netizen juga bersetuju ‘real Sarawakian’ tidak akan menjejakan kaki mereka ke kedai ini kerana harga yang dicas terlampau mahal.

Tambah netizen, sekiranya mereka mengidam untuk menikmati makanan Sarawak mereka lebih memilih untuk ke kedai lain.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: