“Berbaloi dengan harga kami” – Kedai Tomyam Didakwa Cekik Darah, Pemilik Tampil Beri Jawapan

Entertainment
25 May 2023 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah restoran masakan Thai di Kuala Lumpur yang didakwa mengenakan harga yang tidak masuk akal untuk setiap sajian.

Perkara itu susulan pemilik kedai itu berkongsikan insiden pelanggan yang enggan membayar selepas mereka selesai makan, sebaliknya warganet mempertikai dan mengkritik harga yang dipaparkan di dalam video berkenaan.

image is not available

image is not available

Oleh itu, pemilik restoran berkenaan telah tampil untuk memberikan jawapan serta menceritakan perkara yang sebenar.

“Ramai yang marah dengan harga kami. Kami adalah kedai tomyam premium. Market kami adalah berbeza.”

“Selepas PKP, kami perasan trend pelanggan berbeza. Kami hadiri satu seminar F&B, mereka cakap kami kena tawarkan sesuatu yang lain dari yang lain,” jelasnya.

image is not available

Selain itu, mereka turut menjaga kualiti dan saiz makanannya yang tidak kedekut bahan sekali gus menjadikan ianya sepadan dengan harga yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, mereka turut menjamin kualiti hidangan Tomyam mereka yang dikatakan mempunyai bahan mewah yang mereka gunakan semasa memasak serta mereka menggunakan khidmat tukang masak yang pakar dalam masakan Thai.

KPDN bagi ‘greenlight’ letak harga

image is not available

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila pemilik restoran itu mendedahkan bahawa kedai mereka telah pun dibuat pemeriksaan harga makanan oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Hujung tahun lepas pegawai KPDN datang buat pemeriksaan harga. Lepas KPDN dah makan, mereka pun cakap macam ini berbaloi dengan harga yang kami letak,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang isu pelanggan lari tanpa membuat pembayaran di kedainya itu, dia berkata ia hanyalah insiden yang kecil dan tidak sangka akan mencetuskan kontroversi besar.

Fuhh nampak menarik la makanan dia ni..

Sumber : mStar, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.