Terkenang Bapanya Tak Dapat Minum Starbuck Dalam Penjara, Kebimbangan Anak Najib Jadi Bahan Jenaka Netizen

30 Aug 2022 • 12:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Silaplah letak Caramel Machiatto tu…

Terkenang Bapanya Tak Dapat Minum Starbuck Dalam Penjara, Kebimbangan Anak Najib Jadi Bahan Jenaka Netizen. Memang wajarlah seorang anak bimbang akan kesihatan dan kesejahteraan hidup bapanya apabila dimasukkan ke dalam penjara. Namun, kebimbangan anak kepada bekas Perdana Menteri ini pula seakan-akan seperti tidak selari dengan kehidupan nyata rakyat marhaen.

Nooryana Najib atau lebih dikenali sebagai Yana Najib memuat naik satu status di IG Story nya memberitahu bahawa beliau terkenang dengan bapanya di penjara semasa membeli barang keperluan rumah.

image is not available
Yana Najib, anak kepada Najib Razak. Kredit foto: BERNAMA

Serba salah nak beli Starbuck sebab Bossku tak dapat minum sekali

Yana juga memberitahu bahawa dirinya tidak dapat membeli barang seperti selalunya kerana berasa bersalah. Tambahnya lagi, beliau terkenang dengan Bossku (gelaran bapanya) yang pasti rindu dengan Caramel Macchiato di Starbuck.

Disebabkan teringat akan minuman kegemaran bapanya itu, Yana tidak meneruskan hasratnya untuk membeli minuman tersebut di rangkaian kedai kopi terkenal itu.

image is not available
Terkenang Bapanya Tak Dapat Minum Starbuck Dalam Penjara, Kebimbangan Anak Najib Jadi Bahan Jenaka Netizen.

Beliau juga menceritakan bahawa beliau rindu untuk membeli makanan kepada bapanya dan memberinya makan sambil berdoa agar dapat berbuat begitu lagi di masa akan datang.

Netizen tak boleh ‘relate’

Status Yana Najib ini kemudiannya tular di media sosial dan mendapat respon yang melucukan daripada netizen. Ramai yang tidak dapat ‘relate’ dengan kemewahan Najib Razak sekeluarga kerana merindukan minuman kopi yang kurang berkemampuan pun hendak dibeli oleh rakyat biasa.

image is not available
Sumber: Twitter @mohamad_azwar

image is not available
Sumber: Twitter @mohamad_azwar

image is not available
Sumber: Twitter @mohamad_azwar

image is not available
Sumber: Twitter @mohamad_azwar

image is not available
Sumber: Twitter @mohamad_azwar

Siap buat gambar ‘troll’ lagi

Gara-gara ini juga, netizen turut mengambil kesempatan untuk menghasilkan foto-foto ‘troll’ menyindir status Yana tetapi dalam pada masa yang sama, menghiburkan. Netizen Malaysia ni kalau buat ‘troll’ memang tak ada siapa boleh lawan.

image is not available
Kredit: Fahmi Reza

image is not available
Kredit foto: FB Ameno World

image is not available

Macam-macam hal lah kan. Ada juga yang mengatakan bahawa langkah Yana memuat naik status tersebut menyebabkan pasukan PR Najib Razak geleng kepala sekarang. Betul juga tu…

Selain itu, di zaman pemerintahan Najib Razak, terdapat 6 kes pembunuhan berprofil tinggi yang kebanyakannya masih belum diselesaikan sehingga kini: