Kekurangan yang ada pada dirinya tidak menghalang untuk beliau menyegerakan perintah Allah.
Menerusi perkongsian di TikTok Bos Tepen, seorang lelaki merakamkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang merangkak menuju ke tempat wuduk.
Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri
“Dia terus bergegas ambik wuduk. Terkesima sekejap saya tengok macam mana cepat dia ‘sambut’ panggilan solat.
“Ya Allah, tiba-tiba saya rasa malu, malu dengan Allah. Kita ni macam-macam mintak pada Dia, tapi masa solat, susahnya nak on-time,” katanya.
Lelaki OKU yang dikenali sebagai Abang Saad itu merupakan seorang penjual kerepek.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mengenali Abang Saad sebagai seorang yang rajin berusaha. Dia juga dikenali sebagai seorang lelaki yang rajin ke surau.
Apa yang menarik, ada yang berkongsikan tentang cita-cita dan impian Abang Saad untuk membuka tahfiz untuk golongan OKU.
Semoga segala urusan Abang Saad dipermudahkan dan impiannya dimakbulkan.
The post ‘Terkesima, cepat dia ‘sambut’ panggilan solat’ – Lelaki OKU segerakan solat, undang rasa insaf dan sebak ramai appeared first on The Reporter.


