
Servis teruk atau penumpang kedekut?
Terkilan Dengan Servis AirAsia, Penumpang Adu Bayar RM185 Guna Kerusi Roda Dalam Pesawat. Capital A Berhad atau dikenali dengan nama AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah Malaysia.
Sebut sahaja AirAsia, sudah pasti di seluruh pelusuk Asia ini sudah pasti pernah menggunakan servis penerbangan tambang murah ini disebabkan harganya yang berpatutan.
Tular di laman TikTok baru-baru ini menerusi satu hantaran oleh seorang pengguna keliateva mendakwa dia diminta untuk membayar 40USD (RM185) untuk menggunakan kerusi roda di laluan pejalan dalam pesawat.

Merangkak di sepanjang laluan dalam pesawat
Menerusi rakaman video tersebut, seorang individu yang difahamkan lumpuh separuh badan ingin keluar dari tempat duduk dan ingin menggunakan kerusi rodanya di laluan pejalan dalam pesawat. Walaupun kerusi roda itu hanyalah tiga meter dari tempat duduknya, dia diminta untuk membayar $40USD untuk menggunakan servis tersebut.
Difahamkan, kejadian berlaku sewaktu Kaliateva mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura menaiki pesawat AirAsia QZ268 dari Jakarta. Katanya, dia cukup terkilan dengan cara pihak AirAsia melayan penumpang mereka yang lumpuh.
we landed at changi airport with airasia QZ268 from Jakarta in Sept 29, 2022 and asked to pay $40 for aisle wheelchair just to get out from the 3F seat to his wheelchair which is 3 meters away. this is how airasia treats their paraplegic passangers #airasia #tonyfernandes
we landed at changi airport with airasia QZ268 from Jakarta in Sept 29, 2022 and they demanded $40 from us for an aisle wheelchair just to get out from the 3F seat to his wheelchair which is 3 meters away. this is how airasia treats their paraplegic passangers #airasia #tonyfernandes #paraplegic #wheelchair
Cerita berat sebelah walaupun menyedihkan
Meninjau di ruangan balas, rata-rata ada netizen yang turut bersimpati dengan nasib penumpang tersebut sehingga terpaksa mengheret badan di laluan tersebut.
Namun ada juga yang berpendapat bahawa walaupun AirAsia menyediakan servis tambang murah, perkhidmatan kerusi roda juga perlu dibayar memandangkann tak semua benda di dunia ini adalah percuma.




Semestinya anak-anak kabin juga tidak melepaskan peluang untuk membantu penumpang lumpuh itu menuju ke kerusi rodanya.
Setakat ini, tiada penjelasan dari pihak AirAsia berkenaan isu ini dan pengguna yang berkongsi kejadian yang berlaku pun tidak menjelaskan perkara yang terperinci sehingga menyebabkan mereka bertindak untuk merangkak di sepanjang laluan itu.


