“Terkilan tengok” – [VIDEO] Ramai Sedih Lihat Taman Monumen Terengganu Dalam Keadaan Terbiar

Entertainment
8 Sep 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia bertuah kerana banyak tempat-tempat yang menarik boleh dikunjungi, malah menurut kajian, tahun 2022 ini bakal menyaksikan hampir 5 juta pelancong luar negara bakal melawat negara kita ini.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila sebuah lokasi pelancongan yang terkenal di Kuala Terengganu, Terengganu berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak dinaik taraf sejak ia dibina.

Tempat yang dimaksudkan ialah Taman Monumen, di mana ia menempatkan replika binaan ikonik dalam tamadun Islam, seperti Masjid Nabawi, Hagia Sofia serta Masjid Al-Aqsa.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @aryl_je itu, kelihatan keadaan lokasi pelancongan itu amat menyedihkan, terdapat beberapa potongan kayu besar yang tidak dibersihkan malah ada juga papan kenyataan yang sudah pudar.

Beberapa replika bangunan itu juga kelihatan retak serta berlumut dan disebabkan itu ramai yang mempersoalkan mengapa ia tidak diselenggara dengan baik, ada juga yang berkongsi keadaan tempat itu sudah lama dalam kondisi sedemikian.

image is not available

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat respon daripada pihak pengurusan lokasi tersebut.

image is not available

Sayangnya, tempat dah cantik tak maintain pula…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.