(TERKINI) 6 Tertuduh Utama Kes Zulfarhan Osman Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

23 Jul 2024 • 1:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

image is not available

Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Keputusan itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim dalam prosiding yang berjalan lebih tiga jam.

Dalam pada itu, 12 lagi tertuduh yang sebelum ini dikenakan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan, iaitu dengan segaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan, diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara empat tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor Bahru, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali