(VIDEO) “Now Mampu Senyum?” – Netizen ‘Throwback’ Reaksi Pelaku Kes Zulfarhan Gembira Terlepas Hukuman Gantung Tahun 2019

23 Jul 2024 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, hari ini Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam pelaku yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Keputusan tersebut sememangnya mendatangkan rasa lega di kalangan netizen yang sudah lama menanti pembalasan buat keenam-enam pelaku itu atas kejahatan yang mereka lakukan.

Throwback video lama pelaku gembira keluar mahkamah

Meninjau di platform X, terdapat individu yang memuat naik semula video memaparkan wajah ceria keenam-enam pelaku iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali keluar dari mahkamah.

‘Sekarang mampu tak nak senyum?’

Difahamkan mereka boleh gelak ketawa dan memberi salam kepada wartawan yang hadir kerana pada tahun 2019, mereka terlepas hukuman gantung sampai mati.

Susulan video tersebut kembali viral, rata-rata netizen puas melihat keadaan mereka yang terkini selepas melihat video itu.

image is not available

image is not available 23 hours ago

(TERKINI) 6 Tertuduh Utama Kes Zulfarhan Osman Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati