TERKINI: Abang Jo Setuju Beri Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Aidilfitri

19 Apr 2023 • 2:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sah, Sarawak turut diberi Hari Kelepasan Am

TERKINI: Abang Jo Setuju Beri Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Aidilfitri. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi satu hari kelepasan am tambahan.

Katanya, ia adalah bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

image is not available
TERKINI: Abang Jo Setuju Beri Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Aidilfitri. Kredit: Facebook

Berita baik itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi oleh Kerajaan Sarawak sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak akur dengan cadangan Kerajaan Persekutuan dan bersetuju untuk menetapkan hari kelepasan am tambahan bagi seluruh Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Sekiranya tarikh 1 Syawal 1 444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan Sarawak menetapkan hari lsnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan; atau

image is not available

Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jaluh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan Sarawak menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Memandangkan Hari Kedua Hari Raya Aidiffitri akan jatuh pada hari kelepasan mingguan iaitu Ahad, 23 April 2023, maka lsnin, 24 April 2023 adalah cuti gantian secara automatik.

Hari Kelepasan Am turut diisytihar di Sabah

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut mengisytiharkan Jumaat iaitu 21 April sebagai cuti umum tambahan bagi Sabah.

image is not available

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu adalah selaras dengan Ordinan Cuti Umum Sabah.

Baca lagi artikel terkini: